Sedar tak sedar rupanya sudah 3 semester mengikuti pengajian untuk Master Pendidikan (Biologi) di UPSI. Program yang hanya dilaksanakan semasa cuti sekolah ini bermula pada bulan Mei tahun lepas dan akan tamat pada akhir tahun ini. Pelbagai kenangan telah tercipta sepanjang tempoh ini. Sesungguhnya saya amat seronok mengikuti program ini. Rakan-rakan sekelas semuanya mesra, baik dan saling membantu. Barisan pensyarah juga sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang kami. Walaupun penat tapi banyak ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah dan semestinya ilmu tersebut amat berharga. Semester 3 ini kami hanya mengambil 3 subjek iaituTeknologi dan Inovasi Dalam Pembelajaran Pengajaran Biologi, Pentaksiran Dalam Biologi dan Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Sains. Diharap saya dapat membuat yang terbaik dalam ketiga-tiga subjek ini.
Acara memotong kek semasa jamuan oleh Dr. Sadiah dan Dr. Che Nidzam
Ketua kelas menyampaikan cenderahati untuk Dr Hafsah
Gambar kenangan bersama Dr Sadiah
Ahli kumpulan saya bersama Dr Che Nidzam
No comments:
Post a Comment