Pada 22 Mei 2014 yang lalu saya telah terpilih untuk menjadi guru pengiring dan juga menjadi juri untuk Pertandingan Saintis Muda bersempena dengan Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Bahagian Mukah 2014 yang bertempat di SMK Three Rivers, Mukah. Selain dari Pertandingan Saintis Muda, turut diadakan pada hari tersebut ialah Pertandingan Bot Solar. Walau bagaimanapun, sekolah saya hanya menghantar pernyertaan untuk Pertandingan Saintis Muda.
Selama ini saya tertanya-tanya bagaimana pertandingan Saintis Muda dilaksanakan dan kini saya sudah mendapat jawapannya. Pertandingan Saintis Muda ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 3 sahaja dan hanya 2 orang peserta terpilih untuk mewakili kumpulan masing-masing. Pelajar dikehendaki melakukan amali sains di setiap stesen yang telah ditetapkan sama ada di dalam atau di luar makmal. Amali bagi stesen di luar makmal adalah lebih bercorak kontekstual. Penilaian dibuat berdasarkan kemahiran proses sains dan kemahiran pengendalian alat radas sains.
Manakala untuk Pertandingan Bot Solar, pelajar dikehendaki membina bot dengan menggunakan sel solar dan turut dikehendaki membuat pembentangan dalam Bahasa Inggeris bagi rekaan bot yang telah mereka buat. Markah diberikan kepada bot yang paling laju dan pembentangan yang menarik.
Peserta semasa Pertandingan Saintis Muda
Pertandingan Bot Solar
Dua orang pelajar sekolah saya yang berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Saintis Muda. Tahniah diucapkan..
Acara penutup. Tahniah kepada semua pemenang.
No comments:
Post a Comment